Monday, 30 January 2012

Info Cloth Diaper



Baby Cloth Diaper @ Lampin Kain Moden kini telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di negara-negara maju. Penyebab utama mereka memakaikan anak mereka dengan lampin kain moden ini atas kesedaran bahaya bahan kimia yang terdapat dalam lampin pakai buang pada bayi mereka. Malah pada pandangan mereka, ia adalah jauh lebih murah dan praktikal. Lampin moden kini pula lebih tahan lasak dan boleh dilaras ke pelbagai saiz (one size diaper).


Cloth diaper ini terdiri daripada 2 item iaitu 'cloth diaper cover' dan 'insert'. Cloth diaper cover ini mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian luar dan bahagian dalam. 


Lapisan Luar: 
PUL (Polyurethane Laminate) - Diperbuat daripada campuran kapas dan polyester, kalis air kerana telah menjalani waterproorf process & TPU , breatheable dan bercorak menarik.


Lapisan Dalam (Putih): 
Diperbuat daripada 100% Polyester Micro-polar Fleece - Lembut pada kulit bayi, lapisan kekal kering, breathable, senang cuci dan cepat kering kerana peresapan yang tinggi.

Lapisan Dalam (Kelabu): 
Diperbuat daripada 100% Bamboo Fiber Micro-polar Fleece - Bahan semulajadi yang lembut pada kulit bayi, lapisan kekal kering, breathable, senang dicuci, cepat kering, bersifat anti bakteria, perlindungan daripada UV & deodorize. 

Penyerap/’Insert’
Terdiri daripada 5 Lapisan; 2 lapisan ‘Bamboo Charcoal’ di luar dan 3 lapisan ‘Microfiber’ di dalam - Mempunyai daya serapan yang tinggi, menyerap cecair dengan pantas, lembut, anti bakteria, mudah dicuci, deodorize & sesuai untuk penggunaan siang dan malam



  


***Peringatan! Cara penggunaan terbaik adalah memasukkan 'insert' ke dalam poket 'diaper' berbanding hanya meletakkannya di atas 'inner'. Ini adalah kerana material 'inner' telah dibuat hydrophilicity treatment iaitu kesannya apabila bayi kencing, air kencing tersebut akan meresap dengan cepat masuk ke dalam 'insert' dan memberi rasa kering pada kulit bayi. Meletakkan 'insert' di atas 'inner' hanya meresap air kencing namun memberi rasa kebasahan pada bayi anda. Ini boleh mengakibatkan ruam lampin pada bayi anda (melainkan anda kerap menukarnya)

No comments:

Post a Comment