Cara Membasuh

Sebelum anda menggunakan Cloth Diaper/Insert, sila basuh dahulu sebanyak 2 kali. Kali pertama basuh tanpa sabun. Setelah kering, basuh semula gunakan sedikit sahaja sabun. Ini bertujuan agar ia dapat menyerap dengan baik sama seperti kita menggunakan tuala yang baru beli perlu dibasuh kerap untuk penyerapan yang baik.

Membasuh Cloth Diaper (CD) yang kotor/telah diguna:-

Ada 2 cara membasuh CD ni:
1. Cucian tangan
2. Cucian mesin basuh

Sebelum membasuh, pastikan anda mengeluarkan 'insert' daripada CD. Sekiranya bayi anda 'poo poo', seeloknya buang najis tersebut ke dalam tandas dahulu menggunakan pancutan air seperti dalam gambar di bawah ini..

Ia adalah lebih mudah sekiranya anda menggunakan 'nappy liner' @ pelapik napkin yang banyak terdapat di pasaran. Hanya buangkan 'liner' yang terkandung 'poo poo' bayi ke dalam tandas dan jika perlu baru jiruskan sedikit air pada CD.
Kemudian, anda boleh menyimpannya di dalam baldi sementara stoknya belum banyak lagi ataupun merendamnya dengan air sabun. Namun bagi CD yang telah dibuang 'poo poo', lebih baik direndam dalam air sabun terutama bagi memudahkan pembersihan jika menggunakan basuhan mesin.
Sabun yang paling saya rekomen ialah sabun Powermax Kiddie Wash. Ia boleh didapati di kedai-kedai Cosway. Sabun ini lembut pada kulit bayi, senang menanggalkan kotoran dan mempunyai tindakan anti-bakteria serta bau yang harum.
Sekali-sekala, saya ada juga menambahkan cecair Dettol apabila mencuci CD. Ia merupakan cecair antiseptik yang bagus dalam penggunaan seharian di rumah terutama dengan kehadiran si kecil.
Anda boleh saja menggunakan pencuci pakaian yang biasa anda guna tetapi hanya guna cecair pencuci dan bukannya serbuk pencuci. Gunakan dalam kuantiti yang sedikit sahaja kerana kita tidak mahu sisa sabun tersebut merengsa kulit bayi anda. 

Baiklah, setelah merendam CD tersebut, bolehlah anda mencucinya ketika anda mandi atau bila-bila masa yang anda suka dengan cucian tangan. Perlu diingat agar anda tidak memerah CD tersebut dengan sekuat hatinya kerana ia boleh merosakkan fabrik ataupun butangnya. Saya lebih suka memasukkannya dalam 'laundry net' dan 'spin' setelah cucian tangan. Lebih cepat kering dan mudah tanpa merosakkannya.

Seandainya anda tiada masa nak basuh guna tangan, boleh saja gunakan mesin basuh, dengan syarat:
 a) masukkan CD ke dalam 'laundry net'
 b) laraskan paras air pada maksimum agar cucian lebih bersih
Setelah itu, bolehlah anda menyidai CD tersebut di bawah sinaran mentari ataupun kawasan yang redup tapi berangin. InsyaAllah, dalam beberapa jam saja, CD tersebut akan kering dengan jayanya ;)
Apabila sudah kering, masukkan 'insert' ke dalam poket CD anda dan susunlah agar mudah diambil apabila diperlukan ;)
Peringatan!
*Jangan gunakan sabun yang mengandungi enzim. Ia akan bertindakbalas dengan kencing bayi dan boleh menyebabkan ruam. Selain itu juga, ia boleh menyebabkan kerosakan pada 'insert' dan mempengaruhi kadar serapan. [baca label kandungan pada bekas pencuci]
*Jangan gunakan peluntur/pewangi/pelembut pakaian/sabun mandi ketika mencuci CD dan 'insert' kerana ia akan menyebabkan CD anda tidak dapat menyerap basahan secara optima.
*Jangan gunakan serbuk pencuci kerana dikhuatiri meninggalkan sisa sehingga boleh menyebabkan kulit bayi merengsa/ruam dan CD serta 'insert' anda tidak dapat menyerap dengan baik.

*Sekiranya anda terbuat apa yang dilarang di atas atau CD anda tidak menyerap dengan baik, bolehlah gunakan sabun pencuci pinggan Sunlight untuk membasuh CD. Ia akan dapat mengembalikan penyerapan yang baik pada CD anda...



No comments:

Post a Comment