Cara Pemakaian


Cloth Diaper (CD) yang saya jual adalah jenis 'snap button' dan bukan 'velcro' ataupun 'zip zap' seperti disposable diaper. Ini adalah kerana penjagaan jenis 'snap button' adalah lebih mudah malah lebih tahan lama berbanding 'velcro'. 

CD Babyland ini boleh digunakan pada bayi yang baru lahir (3kg) hinggalah berumur 2-3tahun (13kg @ lebih). Ia bergantung pada saiz peha anak ataupun 'cutting' kaki anak anda kerana ada anak yang berumur 3 tahun yang beratnya 20kg masih boleh memakainya.

Secara amnya, saiz CD terdiri daripada 3 saiz iaitu saiz S, M dan L. Kelebihan CD Babyland ini adalah ia mempunya 'hip snap button' atau butang pada peha. Ia bertujuan untuk pemakaian yang kemas pada bayi dan mengelak kebocoran. Gambarajah di bawah ini memberi gambaran bagaimana untuk melaraskan butang-butang tersebut kepada saiz yang diingini.      
              
Setelah melaraskan butang pada CD tersebut, anda masukkan 'insert' ke dalam poket CD seperti dalam gambar di bawah.
 

Setelah masukkan 'insert' ke dalam poket CD, bolehlah anda pakaikan anak anda dengan Cloth Diaper yang menarik, selesa dan selamat untuk bayi anda!

Inilah rupa CD yang bersaiz S:-


 Saiz M:-


Saiz L:-


Atau anda boleh lihat video di bawah ni untuk gambaran yang lebih jelas

Tahniah kerana anda telah menjadi ibubapa yang prihatin akan pemakaian yang selamat untuk anak anda! Apa lagi yang anda fikirkan? Bertukarlah pada Cloth Diaper hari ini juga! ;)

No comments:

Post a Comment