Tahukah Anda?


Cloth Diaper (CD) vs Disposable Diaper (DD)




Kebaikan Cloth Diaper (CD)
  1. CD diperbuat daripada bahan-bahan yang tidak merbahaya untuk anak anda. Jadi anda tidak perlu risau tentang toksik pada 'diaper' anak anda lagi.
  2. Boleh mengelakkan anak daripada terkena ruam lampin dan paling baik digunakan untuk bayi yang mengalami 'eczema'.
  3. CD ini boleh diguna dan dibasuh berkali-kali kerana ia tahan lasak. Malah, ia boleh disimpan untuk kegunaan bayi yang akan datang. 
  4. CD adalah mudah untuk diselenggara. Hanya buang najis ke dalam tandas menggunakan pancutan air (kalau guna pelapik atau ‘liner’ lebih mudah), rendam sebentar dengan air sabun kemudian boleh dibasuh guna tangan ketika mandi atau masukkan dalam jaring atau ‘net’ dan biarkan mesin yang membasuhnya.
  5. CD yang telah dikeringkan guna mesin basuh boleh mengering secepat 2 jam pada cuaca berangin atau cuaca yang panas.
  6. Anda boleh menjimatkan wang sehingga RM3k daripada membeli DD yang sudah tentunya membawa keburukan pada si manja mahupun alam sekitar kita dalam jangka masa yang panjang.
  7. Corak pada CD tentunya jauh lebih menarik berbanding DD; malah boleh dipadankan dengan warna baju si manja anda mahupun ‘angin’ anda kerana ia mampu bukan saja menceriakan anda tetapi kajian mendapati warna-warna yang ceria boleh merangsang otak si manja.
  8. Mencepatkan anak anda menggunakan tandas sendiri kerana kajian mendapati bayi yang menggunakan CD lebih 6 bulan awal menggunakan tandas sendiri berbanding dengan bayi yang menggunakan DD.
  9. Penggunaan CD membantu sokongan pinggul bayi anda terutama ketika si manja duduk berbanding DD yang kebiasaannya terlalu nipis dan layut apabila kencing bayi telah banyak.
  10. Walaupun menggunakan CD, bayi anda boleh ditukarkan CD yang seterusnya setelah 4 jam penggunaan bergantung kepada banyaknya bayi anda kencing.
Keburukan Disposable Diaper (DD)
  1. Kajian mendapati 50% daripada sampah domestik rumah adalah daripada DD yang mengambil masa 500 tahun untuk terurai.
  2. DD merupakan sampah ke-3 terbanyak di dunia sedangkan hanya 5% populasi dunia yang menggunakannya.
  3. Bayi anda mungkin tercekik atau keracunan jika termakan atau tertelan bahan-bahan yang terdapat dalam DD kerana lapisannya yang mudah dikoyakkan oleh si manja tanpa anda sedari.
  4. Anda bakal/telah membelanjakan sebahagian besar wang anda untuk 'menambahkan' sampah di dunia ini? Mungkin ia tidak kelihatan banyak bagi anda, tapi cuba lihat jadual pada Harga/Pakej di sebelah dan ia akan membuat anda berfikir semula! Mungkin ada baiknya wang tersebut anda salurkan pada insuran anak anda yang jarang ibubapa mahu lakukan waktu ekonomi tidak memberangsangkan ketika ini.
  5. Lihat pula pada bahan/kandungan dalam DD:
  • Dioxin : boleh menyebabkan kanser, cacat kelahiran, kerosakan hati, penyakit kulit, kerosakan genetik, telah disenaraikan oleh EPA sebagai bahan penyebab kanser yang paling toksik dan telah diharamkan di banyak negara kecuali USA kerana mereka pengeluar DD terbesar dunia.
  • Tributyltin : pencemaran toksik yang merbahaya pada mamalia dari segi tumbesaran dan pembiakan, boleh menyebabkan masalah pernafasan, penyakit kulit, masalah hati dan buah pinggang.
  • Sodium polycrylate : bahan seperti jel yang menyerap lembapan dalam DD; oleh kerana terlalu menyerap hingga lembapan pada kulit bayi menjadi kering dan menyebabkan rengsaan kulit atau ruam; ia tidak lagi digunakan dalam tampon kerana menyebabkan Sindrom Kejutan Toksik.

Sila fikirkan semula demi kebaikan anak anda di samping memanfaatkan anda sekeluarga ;)


No comments:

Post a Comment